Rabu, 22 Januari 2014

KESABARAN ITU AMAT BERMAKNA

Setelah diuji Allah s.w.t dengan menangguhkan rezeki zuriat setelah lima tahun berkahwin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya setelah melakukan ujian kehamilan yang menunjukkan dua line samar-samar. Bagi mendapatkan kepastian kami telah ke klinik berhampiran rumah di Taman Jasmin Kajang. Dr. Kumar merupakan Pakar dari Hospital kerajaan yang telah membuka klinik swasta adalah Dr yang pertama mengesahkan kehamilan isteri....
      Tiada perasaan yang dapat digambarkan waktu itu dengan perasaan yang bercampur baur gembira,teruja, teragak-agak, dan macam-macam lagi.  Walapun sudah disahkan mengandung 4minggu perasaan tidak percaya itu masih menebal sehinggakan dibuat ujian kehamilan sekali lagi dan mendapatkan pengesahan kehamilan dari seorang lagi Pakar Sakit Puan Dr Kamal di Damansara Medical Center. 
          Jawapan Dr. Kamal sedikit mengurangkan perasaan gembira ini. Beliau kurang pasti akan kehamilan ini tetapi memberi perhatian yang sepatutnya. Segala keperluan untuk ibu yang lambat mendapat cahaya mata beliau bekalkan dengan beberapa ubat terutamanya ubat untuk menguatkan kandungan.  Temujanji dibuat untuk pemeriksaan seterusnya.
          Dua minggu kemudian sekali lagi kami mendapatkan rawatan Dr. Kamal. Alhamdulillah setelah UltraSound dibuat menunjukkan bahawa isteri sudah hamil enam minggu. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan